top of page

Menteri Pendidikan umum 19 April cuti khas persekolahan



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti khas kepada guru dan murid bagi sambutan Aidilfitri.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keputusan pemberian cuti itu dipersetujui KPM bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan raya.


"KPM bersetuju memberikan satu cuti khas tambahan pada 19 April 2023 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.


"Keputusan ini adalah memudahkan urusan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain yang terpaksa merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri," kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini memohon KPM untuk memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April.


Presidennya, Aminuddin Awang berkata cuti khas itu dianggap keperluan dengan mengambil kira jangkaan bahawa 1 Syawal mungkin jatuh pada 21 April ini, iaitu awal sehari berbanding ketetapan asal.


Tambah Aminuddin, pemberian cuti khas itu akan memberi lebih ruang untuk guru dan rakyat Malaysia terutama yang terpaksa merentas negeri untuk pulang beraya mengatur perjalanan mereka.

"Hal ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan memberikan lebih keselesaan kepada semua pihak," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page