top of page

Menteri pendidikan tidak profesional gagal hadir pertemuan JK Pilihan Khas Parlimen



Ketidakhadiran Menteri Pendidikan Senator Dr Mohd Radzi Jidin dalam pertemuan bersama Jawatankuasa (JK) Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia menunjukkan sikap tidak profesional sebagai seorang Menteri.


Pengerusi JK Pilihan Khas Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Menteri Pendidikan sepatutnya menyertai mesyuarat JK Pilihan Khas bil. 6 pada 13 Jun lalu bagi memberi pencerahan mengenai pemansuhan PT3 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diumumkan baru-baru ini serta beberapa isu lain berbangkit.


"Memandangkan isu ini melibatkan kepentingan rakyat dan berkait rapat dengan masa depan pendidikan negara, JKPKP melalui SU Dewan Rakyat telah memanggil Menteri KPM atau wakilnya untuk memberikan pencerahan dan penerangan mengenai rasional, persiapan dan juga alternatif kepada tindakan tersebut.


"Malangnya KPM dan Menterinya memilih untuk tidak hadir.


"Hal ini amat dikesali, kerana ianya meremehkan kuasa Parlimen dan merendahkan konsep pengasingan kuasa yang wujud di negara ini," kata Dr Maszlee yang juga mantan Menteri Pendidikan.


Dalam pada itu, beliau tertanya tanya apakah yang menyebabkan Radzi enggan menghadap JK Khas Pendidikan.


Adakah beliau gentar menghadapi kelemahan di Kementerian yang akan dipersoalkan oleh JK Pilihan Khas Parlimen.


Sehubungan itu, pihak JK Pilihan Khas Parlimen akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu ketidakhadiran tesebut


"Sikap tidak profesional ini menimbulkan seribu tanda tanya apakah yang penyebab mereka takut untuk berhadapan dengan parlimen melalui JKPKP? Apakah yang ingin disembunyikan?


"JKPKP amat kesal dengan sikap KPM dan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini dalam waktu yang terdekat.


"JKPKP juga akan bertemu dengan Tan Sri Speaker Dewan Rakyat dan juga YAB Perdana Menteri berhubung hal ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page