top of page

Menteri Pendidikan prihatin kenaikan harga makanan di kantin sekolah



Kementerian Pendidikan mengambil maklum rungutan sesetengah ibu bapa yang mendakwa berlaku kenaikan harga makanan di kantin-kantin sekolah.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kementeriannya sentiasa mengawal dan memantau operasi kantin termasuk penetapan harga makanan, memandangkan ia melibatkan pemegang taruh yang besar.


Justeru pengusaha kantin sekolah katanya perlu merujuk garis panduan yang ditetapkan.


"Sekolah dan kontraktor (pengusaha kantin) tertakluk dengan garis panduan tersebut. Jadi kalau ada dakwaan itu (harga mahal) mereka kena pergi kepada garis panduan yang telah dibuat.


"Pemegang taruh untuk isu harga makanan ini besar, bukan saja dengan kontraktor kantin dan pihak sekolah," katanya.


Ketua Wanita KEADILAN itu sebelumnya ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah yang terkesan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa, di Kuala Terengganu semalam.


Baru-baru ini media melaporkan, harga makanan di kantin sekolah didakwa meningkat sehingga 50% pada sesi persekolahan baru-baru ini susulan peningkatan harga bahan mentah di pasaran.


"Kalau ada aduan yang disifatkan sebagai mengganggu, sama ada memberi kesan kepada kontraktor kantin dan paling penting kepada kanak-kanak dan ibu bapa, kita minta kemukakan (aduan)," kata Fadhlina.


Warga pendidik tidak melepaskan peluang bergambar bersama Fadhlina

Mengulas lawatannya ke Terengganu, beliau berkata jumlah kerugian secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara masih belum diperoleh kementeriannya.


Bagaimanapun peruntukan awal sudah disalurkan kepada sekolah yang teruk dan kritikal.


"Tahap kerosakan setiap sekolah di setiap negeri adalah berbeza, justeru, peruntukan untuk proses penyelenggaraan juga adalah tidak sama.


"Untuk SK Pulau Rusa ini misalnya, KPM memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk proses penyelenggaraan agar pelajar dapat kembali belajar dengan selamat dan ceria," katanya lagi.


Pada lawatan kerja rasmi itu beliau sempat mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Iman dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan anak bangsa termasuk penegasan akhlak, adab dan pekerti mulia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page