top of page

Menteri Pendidikan perlu rangka pelan pembelajaran kalis Covid 19



Jangkitan Covid 19 yang mungkin mencatat angka baharu melebihi 2,500 sehari pada minggu-minggu akan datang amat membimbangkan para ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka dalam menjalani sesi persekolahan yang akan bermula pada 20 Januari ini.


Sehubungan itu, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Menteri Pendidikan harus menilai situasi yang melanda institusi pengajian tinggi yang dibuka sejak seminggu lalu, namun beberapa di antaranya terpaksa ditutup berikutan pengenalpastian kes positif Covid-19 di kalangan yang hadir ke institusi tersebut.


Kata beliau, situasi pasti menjadi lebih sukar apabila melibatkan sekolah rendah dan menengah. Jumlah sekolah melebihi 10,000 buah dengan hampir 5 juta murid dan lebih 400,000 guru akan menjadi katalis tercetusnya banyak kluster baharu jika tidak dikawalselia dengan sempurna.


Oleh itu, Fahmi mahu Menteri Pendidikan segera membentangkan pelan pencegahan Covid 19 di sekolah rendah dan menengah bagi mengelakkan pelajar-pelajar menjadi mangsa wabak maut itu.


"Untuk itu saya cadangkan agar kerajaan melaksanakan program saringan Covid-19 bagi guru-guru dan staf pentadbiran sekolah, terutama bagi sekolah-sekolah di zon merah atau mereka yang telah merentas negeri pada minggu terakhir Disember 2020


"Kerajaan juga perlu mengumumkan dengan jelas proses yang perlu dilalui pelajar sekiranya mereka terpaksa dikekalkan di darjah atau tingkatan yang sama seperti tahun lalu


"Selain itu, sekiranya perlu belajar secara dalam talian maka perubahan kepada sistem pembelajaran dalam talian perlu dilakukan agar lebih baik daripada apa yang dilalui pelajar-pelaja, serta nyatakan status penyerahan terkini 150,000 laptop yang dijanji Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2021," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Fahmi, Menteri Pendidikan perlu lebih proaktif mengusahakan penyelesaian segera kepada masalah-masalah pembelajaran kanak-kanak. Para pelajar, katanya tidak wajar dibiarkan menjadi “generasi yang hilang” (lost generation), terkandas dan terbelenggu di masa depan akibat kegagalan pemimpin hari ini.


"Kerajaan perlu menjelaskan perancangan atau pelan tindakan menyeluruh sekiranya sekolah-sekolah di sesebuah daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), yang tidak membolehkan pelajar hadir ke sekolah


"Kerajaan juga seharusnya menyatakan program yang akan dilaksana untuk memastikan para pelajar tercicir yang jumlahnya bertambah sepanjang 2020 yang akan berminat untuk kembali ke sekolah," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page