
Sempena sambutan Hari Buku Sedunia yang disambut semalam, Menteri Pendidikan menyatakan azam untuk memupuk budaya membaca serta percambahan idea dalam sistem pendidikan.
Fadhlina Sidek melalui ciapan di laman sosial Twitternya, beliau berkata budaya membaca terbukti mampu membentuk karakter serta pemikirannya sehingga sekarang dan percaya budaya itu mampu menjana kemakmuran serta kemajuan untuk negara.
"Budaya keilmuan, membaca dan menghadam buku, berdiskusi dan membahas idea di dalamnya adalah tradisi yang telah diterapkan sejak dari kecil dan membentuk karakter serta pemikiran saya.
"Saya berazam supaya budaya membaca, perkongsian dan percambahan idea yang sihat menjadi satu nilai yang dipegang dalam sistem pendidikan kebangsaan.
"Semoga generasi yang kita lahirkan dari sistem pendidikan ini berupaya menjadi individu kritikal dan mampu menjana pemikiran berdaya cipta tinggi demi kemakmuran dan kemajuan tanah air," ciap Ketua Wanita KEADILAN itu
Dalam hantaran itu, Fadhlina turut memuat naik sebuah buku bertajuk 'Pendidikan ke arah perpaduan, sebuah perspektif sejarah' yang dibacanya sebagai usaha memahami sejarah pendidikan negara.
Comments