Kerajaan memberi jaminan bahawa integriti data terutama maklumat rakyat di negara ini akan sentiasa dijaga.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata begitu sebagai mengulas dakwaan di media sosial yang mengatakan data kad pengenalan atau MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor dan dijual di laman web gelap.
"Dakwaan itu timbul dari seorang pengguna media sosial yang pamerkan beberapa keping Mykad, tapi dia dakwa 17 juta.
"Saya segera semak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) yang befungsi sebagai autoriti keselamatan IT kerajaan dan kedua-duanya sahkan tiada insiden kebocoron dilaporkan.
"Kerajaan memberi jaminan bahawa integriti data, terutama maklumat penduduk sentiasa dijaga," kata dipetik dalam satu sidang media.
Beliau sebelumnya mengadakan tinjauan situasi banjir dan mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Alor Setar pada Rabu.
Terdahulu pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa sampel MyKad Malaysia telah dikongsi dan dijual secara terbuka di laman web gelap berkenaan.
Dan sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan rakyat negara ini.
Saifuddin sementara itu menggesa rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan seperti itu.
"Kita minta orang ramai berhati-hati apabila terima maklumat sebegini, mudah sekali untuk sebarkan dengan papar beberapa keping dan beritahu 17 juta, saya harap perkara ini dihentikan," tambahnya.
Yorumlar