top of page

Menteri Komunikasi persembah perkembangan media sosial kepada Agong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 2, 2024
  • 1 min read

Updated: Apr 3, 2024



Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil hari ini diperkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.


Fahmi bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menghadap tuanku dan mempersembahkan perkembangan semasa berkaitan hal kementerian masing masing.


Kementerian Komunikasi mempersembahkan berhubung ehwal media sosial terkini untuk diambil maklum oleh Yang di-Pertuan Agong.


"KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.


"Sebelum menerima mengadap YB Ahmad Fahmi, Seri Paduka Baginda berkenaan meluangkan masa menandatangani hampir 400 kad Aidilfitri pada awal pagi.


"YB Menteri Komunikasi turut berpeluang melihat sendiri Seri Paduka Baginda menandatangani kad ucapan Aidilfitri," titah baginda Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Fahmi menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menandatangani kad ucapan Aidilfitri

Hadir sama pagi tadi ialah Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly pula mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan terkini perkhidmatan kesihatan negara serta perancangan baharu kementerian dalam menambahbaik fasiliti kesihatan kepada rakyat.


*Foto kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page