top of page

Menteri Komunikasi arah siar doa Qunut Nazilah, pantau propaganda Zionis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

Rakyat diminta mendoakan sukarelawan Malaysia dalam misi GSF yang ditahan tentera Israel
Rakyat diminta mendoakan sukarelawan Malaysia dalam misi GSF yang ditahan tentera Israel

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mengarahkan semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara untuk menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot utama susulan tindakan rejim Zionis Israel memintas serta menahan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut mengandungi sukarelawan Malaysia di bawah misi Flotilla Sumud Nusantara.


"Saya menggesa semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara untuk menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot-slot siaran utama.


"Doa dan solidariti rakyat Malaysia amat penting dalam menghadapi saat getir ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Beliau turut memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan mempertingkat pemantauan terhadap kandungan berkaitan konflik tersebut di ruang siber Malaysia.


"Tindakan tegas dan segera akan dilaksanakan terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan propaganda Zionis atau naratif yang bersifat hasutan, serta menjejaskan keharmonian dan sensitiviti awam," tegasnya.


Fahmi juga menyeru orang ramai agar hanya merujuk maklumat sahih daripada Kementerian Luar Negeri serta saluran rasmi Sumud Nusantara Command Centre yang dikendalikan oleh MAPIM.


Katanya, langkah ini penting bagi mengelakkan penyebaran berita palsu atau maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page