top of page

Menteri KKD terima kunjungan hormat Duta AS, China

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 11, 2023
  • 1 min read


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil yakin hubungan erat antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) melibatkan kerjasama dalam bidang komunikasi dan ekonomi digital dapat terus dikukuhkan.


Keyakinan itu dinyatakan beliau ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar A.S ke Malaysia, Brian D. McFeeters di pejabatnya, semalam.


Beliau berkata Malaysia dan AS akan terus memperkasa ruang kerjasama dalam bidang telekomunikasi, ekonomi digital dan keselamatan siber yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

Duta China memberi cenderamata kepada Fahmi

Fahmi juga menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan delegasinya di Putrajaya.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, hubungan erat kedua dua negara diharap bakal menggalakkan pelaburan daripada syarikat berasaskan teknologi digital dari China ke Malaysia.

Antara yang turut hadir dalam kedua-dua pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page