top of page

Menteri KKD bertemu Menteri Telekomunikasi Pakistan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 18, 2023
  • 1 min read


Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Ahmad Fahmi Fadzil hari ini bertemu dengan rakan sejawatannya dari Pakistan di pameran GITEX Global 2023 di Dubai.


Menurut beliau, pertemuan itu amat bermakna dalam berkongsi pengalaman membangunkan infrastruktur digital.


"Saya mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Pakistan, Dr Umar Saif di GITEX Global 2023.


"Kami saling berkongsi pengalaman membangunkan infrastruktur digital di negara masing-masing.


"Kami turut meneroka peluang kerjasama dalam keselamatan siber serta meningkatkan perdagangan ekonomi digital," katanya.


Selain, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan itu, Fahmi juga memberikan ucapan pada pameran berkenaan.


GITEX Global 2023 merupakan Edisi ke-43 pameran berskala besar yang menyediakan gerbang kepada pencipta teknologi, pelabur dan peminat industri Teknologi Komunikasi untuk bekerjasama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page