top of page

Menteri KDN ganggu kerja Ketua Polis Negara?



Spekulasi mendakwa terdapat percubaan Menteri Dalam Negeri campurtangan dalam urusan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador menyusun semula pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) amat dikesalkan.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, soal pertukaran jawatan dan tugas pegawai-pegawai kanan polis Malaysia adalah di dalam bidang KPN dan tidak sepatutnya diganggu oleh mana-mana pihak.


"Saya mendapat maklum KPN telah membuat keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa Undang-Undang yang memperuntukkan “Control and Command” PDRM terletak dalam bidang kuasa KPN yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Menteri Dalam Negeri tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apatah lagi menggagalkan keputusan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara.


"Saya memandang perkara yang cuba dilakukan ini adalah serius. Walaupun sekarang negara berada di dalam keadaan darurat dan Parlimen digantung, tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa KPN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan, Dewan Rakyat itu lagi, hak kebebasan menyusun PDRM amat perlu dipertahankan kepada KPN demi keberkesanan membasmi jenayah, terutama sindiket pengedaran dadah yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.


"Satu perkara yang perlu diingat baru-baru ini, KPN telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil kartel di dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.


"Pada hari ini pula, Sabtu 10 April 2021 melalui siaran Astro Awani, KPN telah mendedahkan dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara. Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh polis seperti syabu dan lain-lain dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion.


"Manakala ada akhbar pada hari ini, (Sinar Harian 10 April 2021) di muka depan mendedahkan Malaysia telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.


"Sebagai Ahli Parlimen, saya menasihatkan supaya Menteri Dalam Negeri menarik balik arahannya yang meminta KPN menangguhkan keputusan pertukaran pegawai-pegawai kanan polis," dakwa Hassan.


Tegas beliau, KPN mesti diberi ruang dan sokongan oleh semua pihak untuk membasmi jenayah di negara ini dan menjadikan PDRM sebagai sebuah agensi yang menjaga keselamatan serta ketenteraman awam boleh berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page