top of page

KEADILAN Kuantan korban 4 ekor lembu, ringankan beban keluarga miskin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 47 minutes ago
  • 1 min read
Fakhrul Anuar (kiri) mengagihkan daging korban disaksikan Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri
Fakhrul Anuar (kiri) mengagihkan daging korban disaksikan Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri

Semangat pengorbanan dan kebersamaan dizahirkan melalui ibadah korban sempena Aidiladha anjuran KEADILAN Kuantan yang berlangsung di Kampung Cempaka, Kuantan, semalam.


Sebanyak empat ekor lembu berjaya dikorbankan dalam program tersebut dengan sumbangan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh sebagai tanda sokongan pimpinan parti terhadap usaha kebajikan di peringkat akar umbi.


Menurut kenyataan KEADILAN Kuantan, proses penyembelihan, pelapahan dan pengagihan daging korban itu dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan pimpinan serta ahli parti bersama sukarelawan setempat.

Anggota KEADILAN dan masyarakat setempat bergotong royong memasak daging korban
Anggota KEADILAN dan masyarakat setempat bergotong royong memasak daging korban

"Daging korban diagihkan kepada keluarga asnaf dan golongan miskin di sekitar Kampung Cempaka serta kawasan Parlimen Kuantan, selain para peserta korban dan penduduk setempat," kata kenyataan itu.


Majlis dihadiri Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, bersama Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri, serta barisan pimpinan cabang, ranting, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK).


Turut hadir wakil komuniti setempat termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cempaka dan Kampung Kempadang serta Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Berjaya Permai.


Fakhrul Anuar menzahirkan rasa syukur atas kelancaran program serta menghargai sumbangan dan komitmen semua pihak yang terlibat.


"Program ini bukan sahaja menyempurnakan ibadah korban, malah mengeratkan hubungan antara parti dan masyarakat setempat," katanya.


Sementara itu, Sridayu menegaskan komitmen Wanita KEADILAN Kuantan untuk terus membantu golongan memerlukan.


"Wanita KEADILAN Kuantan akan terus komited membantu golongan asnaf, khususnya ibu tunggal dan keluarga yang memerlukan, selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan keterangkuman," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page