Menteri KDN tentukan lantikan pegawai polis, ADN Meru minta siasatan dilakukan


Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar malam tadi membuat laporan polis ke atas Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung pengakuan beliau audio yang tersebar mengenai perbincangan melantik pegawai polis yang tular sejak beberapa hari lalu adalah suaranya.


Dakwa Fakhrulrazi, menteri KDN tidak seharusnya campurtangan dalam pelantikan pegawai polis yang mungkin akan mengurangkan keyakinan awam terhadap kewibawaan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


"Malam ini saya ambil tanggungajawab buat laporan polis terhadap Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mana beliau disyaki telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya dengan dua keadaan.


"Pertama mengenai rakaman audio, beliau telah mengesahkan bahawa itu suara beliau. Di mana seolah-olah beliau telah mengatur pegawai kanan PDRM. Yang tidak sewajarnya menteri campurtangan dalam urusan dalaman PDRM.


"Tindakan beliau ini menimbulkan rasa ketidakselesaan anggota PDRM itu sendiri dan seluruh rakyat Malaysia yang melihat seolah-olah polis yang berkecuali itu dikawal dan kedudukanya ditentukan oleh menteri atau orang politik," katanya.


Selain itu, Fakhrurazi juga meminta pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu mulai 4 Mei ini dikaji semula kerana katanya menurut Akta Polis, jawatan itu tidak boleh diisi sepanjang darurat berkuatkuasa.


"Hari ini juga tersebar berita perlantikan bakal Ketua Polis Negara baru menggantikan Hamid Bador. Di mana jelas dalam Akta Polis 1967, Seksyen 15, ketika darurat, pertukaran Ketua Polis Negara dan pegawai polis tidak dibenarkan.


"Dalam hal ini menteri (mungkin) menyalahgunakan kedudukannya melantik Ketua Polis Negara yang baru ketika darurat," dakwanya.


Justeru, ADUN Meru itu mahu polis segera menjalankan siasatan sewajarnya ke atas menteri walaupun menteri yang mengawal KDN.


Beliau juga berharap seluruh rakyat Malaysia akan membuat laporan polis terhadap Hamzah Zainuddin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER