top of page

Menteri KDN puas hati prosedur imigresen di KLIA



Proses kemasukan tenaga kerja asing harus menjalani prosedur yang ditetapkan dan dipatuhi.


Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi melakukan lawatan mengejut ke kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat sendiri prosedur kemasukan para pekerja asing


Saifuddin dalam lawatan itu berpuas hati dengan kawalan yang dilakukan memenuhi piawaian dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen


"Saya pilih untuk membuat lawatan kerja ke pintu masuk utama negara, pintu masuk Lapangan Terbang KL


"Pertama untuk melihat sendiri proses bagaimana di KLIA menerima kemasukan pekerja asing. Untuk pastikan kepatuhan terhadap semua syarat kemasukan dan aspek itu saya perhatikan mempunyai kepatuhan yang tinggi, dengan sistem yang dipakai Jabatan Imigresen sebagai jabatan paling awal menguruskan ketibaan pekerja asing.


"Kerjasama dari majikan juga rukun penting sebagai proses pekerja asing (memasuki negara), yang dipohon oleh majikan itu tidak ada sebarang masalah. Kerajaan dengan sistem dan visa, keselamatan dan sebagainya, pekerja datang untuk tujuan selain cari rezeki, membantu sektor ekonomi negara kita. Majikan dalam sektor itu mengesahkan bahawa mereka yang memerlukan jumlah pekerja asing berkenaan," katanya.


Selain itu, Saifuddin juga sempat meninjau ketibaan pelawat dari negara China dan Hong Kong yang heboh diperkatakan dikhuatiri menyebabkan penyebaran jangkitan Covid 19, berikutan wabak berkenaan kembali menjadi ancaman di beberapa wilayah di China.


Mengenai kemasukan pelawat berkenaan, Saifuddin menegaskan setakat ini prosedur kemasukan adalah ketat dan berkesan untuk menghindari sebarang kes wabak Covid daripada menjangkiti rakyat negara ini


"Kebetulan hari ini 8 Jan, hari di mana khusus ketibaan pelancong dari Hong Kong dan China. Saya sempat bertanya khabar pelawat dari China yang umumnya mereka berpuas hati sistem kemasukan mereka yang memberi kelegaan.


"Saya menerima taklimat dari Dr Hanizan iaitu doktor bertugas. Mereka bertanggungjawab mengendalikan kamera thermal yang mengesan demam atau tidak.


"Mereka sampaikan pada saya taklimat, bagaimana proses dilalui. Saya sempat lihat proses kamera thermal itu. Saya lihat tiada insiden peningkatan (kes Covid) dari (sebab) pelancong. Kalau ada suhu badan tinggi ditemui maka pasukan perubatan akan segera bawa mereka ke hospital Sungai Buloh (fasiliti khas rawatan Covid)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page