top of page

Menteri KDN, KSM bincang tambah baik pengurusan pekerja asing



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim semalam mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu berkaitan pekerja asing di negara ini.


Sebagai mengulas kunjungan Sim ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin berkata, mereka berbincang untuk penambahbaikan melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan KSM dalam pengurusan golongan berkenaan.

"Pertemuan memfokuskan isu yang melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) iaitu hal pengurusan pekerja asing.


"Isu yang hangat melibatkan kes eksploitasi pekerja asing menjadi topik serius yang dibincangkan selain ‘way forward’ bagi tahun 2024 ini terkait elemen penambahbaikan dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia," katanya dalam kenyataan.


Saifuddin turut memaklumkan, kedua-dua mereka akan mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam minggu ini bagi memberi penjelasan mengenai aspek pengurusan pekerja asing yang dibincangkan.


"Kami bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam minggu ini bagi memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan berbangkit," tambahnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page