top of page

Menteri KDN jemput Ahli Parlimen Pas beri taklimat isu nelayan asing



Isu pencerobohan nelayan asing yang serius melanda negara dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada sesi pagi membawa kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Senator) mengundang Ahli Parlimen Datuk Ahmad Marzuk Shaari (Pas - Pengkalan Chepa) untuk ke pejabatnya mendegar taklimat lengkap berkenaan usaha yang sedang dilakukan kerajaan.


Perkembangan baharu itu kata Saifuddin adalah bagi membuktikan kerajaan sentiasa telus dan ingin berkongsi maklumat kepada Ahli Parlimen yang sama sama mahu berusaha membanteras penerobohan nelayan asing.


Sebelum itu, Saifuddin menjelaskan hal pencerobohan nelayan juga telah dibincangkan dalam lawatan Perdana Menteri bertemu rakan sejawatnya di Thailand baru baru ini


"Pencerobohan nelayan asing dalam kawasan kita akan mengundang ketegangan diplomatik kalau tak kena cara. Jadi kami bincang apakah langkah langkah dibuat.


"Kerajaan sangat sedar kalau tak dikawal isu pencerobohan akan pergi kepada isu jenayah, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, lanun, seludup barang dan sebagainya.


(Justeru) saya mengudang Pengkalan Chepa datang ke pejabat saya. Saya boleh luangkan sejam untuk taklimat khusus sebagai maklumat tambahan bagi menunjukkan keterbukaan kerajaan dan perkongsian maklumat jika sekiranya Pengkalan Chepa menunjukkan minat kuat sama sama mengatasi masalah nelayan asing," katanya.


Terdahulu, Saifuddin menyebut beberapa operasi yang dilakukan kerajaan Malaysia bagi membendung pencerobohan nelayan asing yang merugikan negara dari segi hasil tangkapan ikan.


"Pertama secara prinsip pengawasan sempadan laut 24 jam dengan guna kesemua aset. Pelbagai operasi dibuat. Operasi Naga sifatnya bersepadu Mindef, Jabatan Perdana Menteri, MAFI dan KDN


"48,000 pemeriksaan dilakukan, sejumlah 280 bot nelayan Vietnam ditahan dan 3,240 kru nelayan ditahan


"Ops Kuda Laut membabitkan agensi penguatkuasaan maritim membenteras bot nelayan asing, 223 bot nelayan asing, 2,264 nelayan ditangkap.


"Juga polis marin melakukan pelbagai operasi seperti ops gelora, landai, paradise dan segala macam," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page