Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) perlu memohon maaf kepada rakyat susulan prestasi atlet Malaysia pada sukan SEA ke-23 di Kemboja yang tidak memenuhi sasaran 40 pingat emas tidak perlu diambil berat.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Ampang, Syafiq Zulkifli, beza pingat emas diperolehi atlet dan jumlah sasaran tidaklah begitu besar sehingga ia boleh dianggap kegagalan.
Katanya, sasaran awal 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa tidak jauh 'lari' daripada perolehan 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa pada kejohanan bermula pada 5 Mei - 17 Mei 2023 itu.
"Fadhli Shaari berkata Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan wajar membuat permohonan maaf atas kegagalan mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan, serta perlu memperbanyakan inisiatif kebajikan kepada para atlet agar bakat baharu dapat diketengahkan.
"Namun dalam pemerhatian semasa dari ke semasa, perkara ini tidak boleh diletakkan semua beban ke atas Menteri dan Timbalan Menteri di atas kegagalan mencapai sasaran 40 pingat emas.
"Kegagalan mencapai pingat pada setiap temasya sukan bukan sesuatu yang takjub dan aneh dalam sejarah sukan tanah air.
"Malah dalam sukan SEA kali ini terdapat juga beberapa acara yang telah menunjukan peningkatan dengan kecemerlangan atlet memenangi acara yang dipertandingkan. Antaranya sukan takraw, renang dan beberapa acara yang lain," kata Syafiq dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, KEADILAN Cabang Ampang percaya analisa secara holistik pasti akan dilakukan pihak KBS bagi meningkatkan prestasi atlet dalam acara-acara yang belum dimenangi.
Cuma, menurut Syafiq, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari hanya mahu menggunkan isu 'kegagalan' tersebut untuk mengambil 'political mileage' dengan menunjukan kegagalan pungutan pingat sebagai agenda politik kepada penggiat sukan tanah air.
"Justeru dalam hal ini, KEADILAN Cabang Ampang sekali lagi ingin menyatakan sokongan kepada keupayaan atlet, KBS, serta YB Menteri, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Adam Adli bagi meningkatkan prestasi atlet kita dari semasa ke semasa," katanya lagi.
Comments