Menteri kata doktor berhak berhartal, tetapi polis rakam keterangan - Fahmi


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba semalam bahawa doktor kontrak yang melakukan hartal pada hari Isnin lalu tidak diambil tindakan


Menurut, Fahmi, laporan media semalam menunjukkan sebaliknya kerana pihak polis telah pun mengambil keterangan dari beberapa orang doktor yang menyertai hartal.


"Kenyataan yang dibuat Menteri Kesihatan semalam, YB Tenggara berkata, tidak akan ada apa-apa tindakan kepada doktor kontrak yang berhartal walaupun mereka keluar semalam (Isnin), mereka berhak berbuat demikian.


"Namun hari ini ada laporan media dalam Malaysiakini, sehingga jam 3:45 pagi tadi, polis merakam percakapan 12 doktor di MAEPS, Serdang," katanya dalam sesi pagi Mesyuarat Khas Parlimen, hari ini.


Sehubungan itu, Fahmi mahu Dr Adham memberi penjelasan adakah jaminan beliau semalam bahawa doktor kontrak boleh menyuarakan ketidakpuasan hati adalah pendapat peribadi beliau sahaja.


"Saya ingin minta penjelasan adakah penjelasan YB Menteri Kesihatan semalam itu bagi pihak kerajaan atau hanya Kementerian Kesihatan atau hanya sebahagian dari kerajaan atau diri beliau sendiri.


"Kenapa masih ada tindakan ke atas doktor yang telah keluar membuat hartal pada Isnin lalu," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER