top of page

Menteri jamin kemampuan polis tangani ancaman radikal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 3, 2024
  • 1 min read

ree

Ancaman dan fahaman radikal masih wujud di negara ini, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Saifuddin pada sidang media di majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 di Kuala Lumpur pada Isnin bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam kawalan pihak berkuasa.


Malah jelasnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain kerap memberikan input setiap minggu apa yang berlaku di lapangan


"Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil. Malah, jangan anggap (ambil mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh dari pensyarah universiti hingga ke suri rumah serta pekerja sektor binaan.


"Ia masih lagi terus berkembang dan masih wujud.


"Apa pun keadaannya, yang paling penting jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawal trend itu," katanya dipetik.


Terdahulu Saifuddin dalam ucapannya mendedahkan masih terdapat beberapa kumpulan di Malaysia yang memegang keyakinan bahawa selagi kerajaan tidak mengamalkan fahaman Islam, kerajaan itu perlu ditentang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page