top of page

Menteri gagal, kenapa lantik jadi menteri lagi?


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob melantik beberapa muka lama dalam Kabinet baharu.


Beliau berkata, ramai lagi pemimpin lebih layak antaranya Azalina Othman Said, Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi, Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan serta Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.


"Inilah sebab utama kenapa Umno kononnya ingin menumbangkan kerajaan gagal sebelum ini. Tapi, apabila Umno ada kuasa melantik Kabinet baru, benda sama juga yang dibuat. Kabinet Gagal 2.0. Sama sahaja dengan Kabinet lantikan bekas Perdana Menteri sebelum ini.


"Saya melihat pengumuman Kabinet dari Perdana Menteri sebentar tadi sebagai satu "wasted opportunity" untuk melantik individu yang bagus, ada komitmen untuk membina negara seperti Azalina Othman, Dr Asyraf Wajdi, Saudara Shahril Hamdan, Ahmad Fadhli Shaari dan lain-lain.


Justeru, beliau menganggap, pembentukan Kabinet baharu seolah-olah satu perubahan yang sia-sia.


"Mengapa lantik lagi menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian dari kerajaan ini?


"Jadi kerajaan gagal sebelum ini hanya mengambil cuti lebih kurang 2 minggu sebelum kembali masuk bertugas," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page