top of page

Menteri bidas DNB keluar angka liputan internet tidak disahkan



Digital Nasional Berhad (DNB) diminta menjelaskan kenyataan syarikat itu bahawa rangkaian 5G dalam negara kini meliputi 50% kawasan berpenduduk.


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melalui satu ciapan di Twitter membidas syarikat yang diberi mandat untuk melaksanakan rangkaian 5G itu kerana mengeluarkan angka yang belum disahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


"Saya fikir DNB mesti menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka ini.


"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum mengesahkan maklumat ini.


"Selepas ini, saya tidak fikir DNB harus menerbitkan (angka) sebelum pengesahan,” tulisnya.


Beliau mengulas ciapan oleh penganalisis politik James Chin yang memuat naik tangkap layar artikel Ketua Pegawai Eksekutif DNB Nasution Mohamed dilaporkan berkata pelancaran rangkaian 5G di negara ini mencapai hampir 50% di kawasan berpenduduk pada akhir 2022, mengatasi sasaran awalnya sebanyak 40%.


Menyifatkan angka itu sebagai berita palsu, James Chin berkata beliau mengalami masalah sambungan internet di sebuah bandar di Sarawak.


"Tak boleh dapat (liputan) 4G pun di salah sebuah bandar di Sarawak. Saya beli kad data 4G dan kelajuannya seperti 3G atau kurang.


"Berapa ramai daripada anda di Sabah dan Sarawak mendapat 5G atau 4G?"ciap James Chin, yang juga seorang profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania.


DNB, yang dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (Mof Inc), bertanggungjawab membina dan mengurus rangkaian 5G serta bertindak sebagai penyedia borong tunggal perkhidmatan 5G.


Dalam satu kenyataan pada Ahad, DNB berkata ia telah mencapai lebih 90% liputan kawasan berpenduduk di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta kira-kira 50% di seluruh bandar dan pekan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page