top of page

Menteri arah DBKL tebang pokok berisiko tinggi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 14, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi.


Arahan itu susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di ibu kota pada petang semalam.


Melalui satu kenyataan, Dr Zaliha berkata DBKL turut diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.


"Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang," katanya.


Dalam kejadian berikutan hujan dan angin kencang semalam, sebanyak lapan buah kenderaan rosak termasuk kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringi konvoi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akibat dihempap sebatang pokok tumbang.


Difahamkan Rauf sedang menghadiri satu urusan di ibu negara semasa insiden itu berlaku.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page