top of page

Menteri Agama Bukan Islam: 'Kabinet perlu dikecilkan, bukan tambah besar'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 14
  • 2 min read


Mewujudkan posisi Menteri Agama Bukan Islam boleh diperbincangkan dalam kalangan rakyat namun tidak praktikal untuk dilaksanakan.


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, perbahasan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mengesyorkan supaya mewujudkan portfolio berkenaan hanyalah sekadar satu cadangan yang tidak perlu dijadikan polemik sehingga memanaskan suhu politik negara.


Katanya, semua pihak perlu akur dan meneliti ruang antara cadangan yang “boleh dibuat” atau “wajar dibuat”, terutamanya di tengah tengah suasana pemulihan ekonomi.


"Pertama, Kerajaan Madani giat mengurangkan saiz kabinet. Sebelum ini, jumlah Menteri dan Timbalan Menteri telah dikurangkan daripada 70 orang (Kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri) kepada 60 orang.


"Penambahan anggota Kabinet akan menghantar isyarat negatif bahawa Kerajaan Madani tidak serius menurunkan defisit kerajaan yang dilambak sejak kerajaan terdahulu.


"Kedua, perbincangan urusan antara agama akan lebih mengambil ruang dalam mesyuarat kabinet. Isu-isu kritikal lain seperti peningkatan gaji, ekonomi rakyat, keselamatan negara dan pelaburan terpaksa bersaing dalam tempoh mesyuarat kabinet yang sudah terhad sekarang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, jelas Chean Chung, daripada mewujudkan satu lagi posisi Menteri lebih baik Kementerian Perpaduan yang sedia ada diperkukuhkan dengan agenda mendamaikan atau melembutkan sebarang salah faham antara agama sebagaimana berlaku pada waktu ini.


"Perpaduan rakyat dan negara adalah urusan terpenting mana-mana kerajaan untuk memastikan tanah airnya stabil, sedia menghadapi cabaran semasa dan terus membangunkan negara bangsa.


"Berbanding dengan pendekatan sekarang yang pasif dan responsif, Kementerian Perpaduan perlu menjadi lebih kompeten dan memainkan peranan yang lebih utama dan proaktif.


"Melalui penubuhan jawatankuasa rentas kaum, agama dan sempadan, banyak isu-isu sebenarnya sudah dapat diselesaikan, bahkan persefahaman dan perpaduan rakyat juga boleh diperkukuhkan," katanya.


Tegas Pengarah Komunikasi Nasional KEADILAN itu, rakyat Malaysia telah pun teruji dalam hal perpaduan kerana walaupun kerajaan bersilih ganti, rakyat berbilang kaum di negara ini terbukti sudah hidup bersama secara sejahtera, sentosa dan aman selama hampir 70 tahun.


Hal itu, katanya, adalah bukti utuh bahawa sebenarnya kebijaksanaan rakyat adalah lebih tinggi untuk saling hormat menghormati di samping berbangga dengan tradisi masing-masing.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page