top of page

Mentega Terbang: ABIM gesa hormati sensitiviti agama



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan pendirian bahawa filem mesti memainkan peranan menyatupadu rakyat dan bukan menjurus provokasi dan perpecahan.


Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim berkata begitu merujuk kepada kepada filem kontroversi “Mentega Terbang” yang didakwa menyentuh isu sensitiviti agama dalam masyarakat.


"Filem yang diluluskan sejak 2021 itu harus membawa mesej yang jelas untuk mengeratkan perpaduan masyarakat dan tidak menjurus kepada kesan provokasi dan perpecahan.


"Justeru, ABIM senada dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menegaskan bahawa pihak beliau tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi yang mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat," kata Zairudin.

Zairudin Hashim

Mentega Terbang yang ditayangkan di platform penstriman digital mencetuskan kontroversi dengan memaparkan jalan cerita yang bertentangan dengan ajaran Islam dan dimainkan oleh pelakon beragama Islam.


Filem arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng ini mula ditayangkan melalui platform penstriman Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.


Walau bagaimanapun, ia difahamkan telah dikongsi dan berlegar di media sosial sejak tahun 2021.


Pihak berkuasa awal minggu ini memaklumkan satu kertas siasatan sudah dibuka berhubung filem itu dan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksan dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.


Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.


Sementara itu ABIM dalam kenyataannya berkata, filem-filem berunsurkan dakwah seperti filem IMAM lebih perlu diberikan ruang serta dukungan yang lebih luas untuk mengatasi karya berunsurkan perkara picisan yang mengelirukan umat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page