Menjelang tarikh tutup pengundi atas talian AMK Larkin bantu pengguna mendaftar

Apr 20, 2022
1 min read

Menjelang tarikh tutup 21 April, pendaftaran Pengundi Atas Talian (PAT) AMK Larkin, Johor membantu anggota anggota KEADILAN yang menghadapai masalah bagi menyempurnakan pendaftaran mereka .
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat, Akmal Nasir, beliau dan rakan rakan turun ke Larkin untuk memperbanyakkan lagi pengundi atas talian melalui aplikasi ADIL.
"Saya dan rakan-rakan luangkan masa di Flat Larkin petang tadi bantu anggota KEADILAN JB daftar sebagai pengundi atas talian
"Walaupun pemilihan cabang Johor Bahru telah selesai, kami akan pastikan lebih ramai dapat memilih pimpinan pusat yang mampu yakini rakyat.
"Caranya mudah, muat turun apps ADIL dan verify profile kita.
"Segera, tarikh tutup 21 April 2022," katanya.




Comments