top of page

Menjelang PRN: Rakyat Terengganu jangan terpengaruh isu cukai baharu



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu yang dijangka pada Julai tahun ini, KEADILAN Kemaman menggesa penyokong parti tertentu agar tidak cuba mencetuskan spekulasi tidak benar bagi memburuk burukkan parti lain.


Ahmad Nadhir Yob dari Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman berkata, terdapat tohmahan yang mula disebar di Terengganu mendakwa cukai-cukai tertentu akan dilaksanakan sekiranya parti saingan Pas ketika ini menang pada PRN akan datang.

Ahmad Nadhir Yob

"Apabila tiba musim pilihanraya maka akan terdengarlah pelbagai propaganda mengenai isu cukai. Adakah cukai akan dilaksanakan, dimansuhkan atau diperkenalkan semula?


"Terengganu merupakan antara negeri yang memperoleh hasil cukai yang agak rendah dan sangat bergantung kepada dana khas kerajaan persekutuan (DKKP) sebagai hasil utama.


"Justeru isu, percukaian ini memang menjadi isu yang sensitif di negeri Terengganu," katanya.


Ahmad Nadhir dalam kenyataan itu turut mempersoalkan apakah propaganda yang dimainkan itu fakta atau isu yang sebenar.


Justeru, katanya rakyat negeri itu harus pintar dan matang menilai sebarang desas desus politik yang semakin bertiup kencang terutama menjelang pilihanraya tidak lama lagi.


"Politik yang matang berdiri di atas fakta dan data. Justeru jika ada sebarang khabar angin eloklah disemak terlebih dahulu. Politik fitnah dan provokasi jahat tidak boleh diberi tempat di dalam masyarakat," tegasnya lagi.


Terengganu dijangka akan menghadapi masalah sekiranya Pas terus mentadbir negeri kerana berkemungkinan sumbangan Persekutuan yang disebut 'royalti petroleum' akan dipecahkan untuk disalurkan terus kepada rakyat.


Kerajaan Negeri tidak mempunyai hasil yang cukup andainya sumbangan wang Persekutuan dikecilkan. Oleh itu timbul tohmahan mengenai kenaikan cukai dan sebagainya untuk memastikan pengundi tidak berlaih arah kepada kerajaan baharu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page