top of page

Menjelang PRN: PH terima sokongan mantap di kawasan tradisi



Jelajah kempen tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) petang semalam meriah di DUN DUN tradisi yang dipertahankan namun terdapat tinjauan mengatakan persaingan sengit daripada BN dan PN.


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turun ke DUN Bandar Hilir untuk bergerak dari satu kedai ke satu kedai bagi memperkuat sokongan kepada PH.


Suasana petang yang panas itu meriah apabila peniaga-peniaga India keluar dari kedai masing masing mengkalongkan kain dan bunga kepada ketiga-tiga pemimpin yang datang. Mereka berikrar akan memberikan sokongan kepada PH.



Sebagai gimik kempen, Anwar mengajuh beca untuk jarak 100 meter sebelum menaiki beca berkenan. Calon DUN Bandar Hilir mengikuti dengan sebuah beca lain di belakang.


Begitu juga kereta-kereta yang membawa pembesar suara dan bendera PH memberitahu pengundi untuk mempertahankan DUN Bandar Hilir.


Pada sebelah malam, ketiga-tiga pimpinan PH turun untuk makan sambil bersua dengan pengunjung medan selera di DUN Klebang. Calon PH, Datuk Gue Teck menyambut mereka di medan ikan bakar di situ.


Pengunjung medan selera tersebut teruja dan mengambil kesempatan untuk berfoto kenang kenangan bersama ketiga-tiga pimpinan utama PH tersebut.


PH diramal boleh mempertahankan kerusi tradisi seperti Bukit Katil, Duyong, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir namun memerlukan kemenangan di 5 kerusi lain termasuk Paya Rumput, Asahan, Durian Tunggal, Pantai Kundor dan Pengkalan Batu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page