top of page

Menjelang PRN: Jangan main isu remeh temeh - Adam Adli



Jentera KEADILAN di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak termakan sentimen dimainkan musuh politik di media sosial menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Adam Adli Abd Halim berkata jentera parti perlu kekal dengan pendekatan politik baik seperti dilakukan di negeri Selangor dan Pulau Pinang, serta mengelakkan budaya politik fitnah.


"Ambil pendekatan di Selangor dan Pulau Pinang, kita tidak pernah main isu remeh temeh. Menteri Besar Selangor sama dengan Negeri Sembilan apabila berucap bercakap dasar negeri, program kebajikan negeri.


"Kerana itu yang paling penting sekali, jangan kita terperangkap dengan pemainan pendekatan lawan kita, InshaAllah kita akan berjaya," katanya.


Adam yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pilihan Raya Negeri KEADILAN Negeri Sembilan di Seremban pada malam Ahad.


Konvensyen itu dihadiri kira-kira 600 anggota parti dan telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.


Turut hadir ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Sementara itu tambah Adam Adli, meskipun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan terdapat kebangkitan gelombang hijau dan gabungan politik yang lain, namun beliau yakin rakyat di negeri ditadbir PH akan terus memberi undi untuk gabungan itu.


Ini jelasnya berdasarkan kejayaan dan program-program merakyat yang dibawakan PH sejak mengusai negeri-negeri tersebut disenangi rakyat.


"Negeri Selangor dan Pulau Pinang kita perintah 15 tahun, walaupun kemerosotan (undi) di beberapa kawasan pilihan raya, namun kita masih lagi kekal sebagai sebuah kerajaan.

"Panggil lah pilihan raya negeri esok, kita masih kekal jadi kerajaan di Selangor kerana sudah kukuh," katanya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page