top of page

Menjelang PRN: Anwar ketuai mesyuarat kerjasama dengan BN




Rakyat Pulau Pinang akan menyaksikan kerjasama kuat antara Barisan Nasional (BN) dengan musuh tradisinya DAP sebagai satu pasukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pertengahan tahun ini.


Bercakap pada satu sidang akhbar di Wisma DAP Pulau Pinang di George Town, Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata jalinan kerjasama antara DAP yang sebahagian parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) serta BN telah dibentuk di peringkat kerajaan pusat menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan.


Malah kerjasama itu, katanya turut terlibat di peringkat Kerajaan Negeri Perak dan Pahang susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.


"Kita ada Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat, jadi ia dengan sendirinya akan menyebabkan Kerajaan-kerajaan Negeri juga bekerjasama seperti yang berlaku di Perak dan Pahang.


"Yang penting secara prinsipnya kalau ada Kerajaan Perpaduan, dengan sendirinya secara semula jadi tentu ada hubungan politik secara perpaduan," katanya.


Mengulas lanjut mengenai bentuk jalinan kerjasama itu, Guan Eng berkata hal itu akan diperincikan selepas mesyuarat lanjut dijalankan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH.


"Mesyuarat ini akan dijalankan dalam minggu ketiga sebelum Tahun Baharu Cina, kita mahu lihat bagaimana bentuk jalinan kerjasama yang akan dibentuk dengan BN.


"Segala perincian mengenai kerjasama akan dimaklumkan selepas Tahun Baharu Cina nanti," katanya lagi.


Sementara itu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut meminta penyokong PH dan BN menerima secara terbuka perubahan lanskap politik negara yang tercipta pada waktu ini.


"Jadi adalah perlu untuk sebuah kerajaan yang stabil dibentuk seperti Kerajaan Perpaduan yang disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Kerajaan yang stabil dan bersatu padu untuk kita dapat memberi tumpuan kepada masalah ekonomi, itu yang jadi keutamaan kita,” katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page