top of page

Menjelang pemilihan: Jawatan Timbalan Presiden Pas dicabar?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Seorang pengamat politik membayangkan keretakan bakal berlaku dalam parti pembangkang terutama Pas apabila satu kumpulan dilihat mahu kekal bersama Bersatu-PN manakala satu kumpulan lagi mahu bersama Kerajaan Perpaduan.


Aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali menyatakan persaingan tersebut mungkin berlaku sekitar bulan September - Oktober ini, pada waktu pemilihan Pas yang mungkin bakal menyaksikan perubahan kepimpinan dalam parti tersebut.


Katanya, sebarang sokongan yang berkemungkinan diberikan kepada Kerajaan Perpaduan dalam senario semasa mengambarkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berdepan cabaran politik.


"Apa pun kita tengok bulan 10 ini, adakah Abdul Hadi Awang akan turun kerusi Presiden dan bagi ruang kepada Samsuri (Naib Presiden Pas) ataupun Tuan Ibrahim (Tuan Man), atas faktor kesihatan dan mungkin (Hadi) dilantik Mursyidul Am ataupun kekal Presiden.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

"Bulan 10 ni, kita boleh lihat 2 kelompok. 1 kelompok nak kekal dengan Bersatu, satu kelompok lagi nak bersama Kerajaan Perpaduan. Bab ni memamg bijak Anwar Ibrahim dalam berpolitik, seninya sangat halus.


"Dia baik dengan semua orang yang ingin berbaik dengannya, walaupun seorang itu pernah panggil dia “pengat taik”, sifat pemaaf, lunak dan tidak diskriminasi Negeri Kelantan satu kelebihan Anwar," katanya dalam hantaran di Facebook.


Hisyamuddin yang dikenali sebagai Syam Ghaz berkata, spekulasi sebelum ini menyebut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah ingin "melanggar" Tuan Ibrahim bagi kerusi timbalan presiden.


Namun ketika sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud memuat naik poster ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri. Beliau merakamkan ucapan itu setelah Kerajaan Persekutuan meluluskan lebih RM6 juta untuk kerja baik pulih cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah yang runtuh susulan hujan lebat berterusan pada 26 November 2024.

ree

"Untuk makluman, nama Nik Amar sebelum PRU-15 dijaja untuk dinaikkan sebagai MB Kelantan, tapi last minute naik Mohd Nassuruddin Daud dan Nik Amar cuma dilantik Speaker DUN sahaja," ujarnya.


Jelas beliau, sejak dari situ berlaku keretakan dalam Pas dan ia semakin parah hingga Nik Amar dikatakan mahu merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti nanti.


"Signal jelas nak lawan Hadi dan Takiyuddin, tapi tidak mampu hanya target Timbalan," kata Syam lagi.


Untuk rekod, Pas akan mengadakan pemilihan kepimpinan dalam muktamar pemilihan yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 16 September ini.


Parti itu mengadakan pemilihan pada setiap dua tahun seperti ditetapkan dalam perlembagaan tanpa mengira sama ada berlaku dalam musim pilihanraya atau sebaliknya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page