top of page

Menjawab Hj Hadi: Madani fokus tatakelola, lawan rasuah, menepati Islam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Konsep Malaysia Madani bertepatan dengan kehendak Islam dan telahpun dilakukan dalam pemerintahan negara.


Hal itu ditegaskan oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin (gambar) yang tampil menjawab penulisan Minda Presiden Pas, Tan Sri Hj Hadi Awang bertajuk "Malaysia, ke arah mana Madaninya" disiarkan di Facebook Abdul Hadi Awang kelmarin.


Dr Abu Hafiz berkata, MADANI merupakan satu gagasan kenegaraan bukan sahaja atas dasar kepartian atau lokaliti yang kecil, malah ia lebih menyeluruh.


"Ia bukan sahaja tentang agama, tapi tatakelola, pengurusan, melawan rasuah dan menjadikan negara itu tidak ada ketirisan atau meminimumkan ketirisan.


"Itu semua terangkum dalam konsep yang ingin diamalkan gagasan MADANI itu. Mungkin unsur-unsur MADANI ada dalam Pas, namun ingin diperkemaskan," katanya dalam satu video di Tiktok.


Menurut ahli akademik itu lagi, sesuatu yang positif dapat dilihat dalam Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.


"Bukan kita kata ada kesempurnaan, tapi alhamdulillah kita dapat melihat bagaimana pengiktirafan dunia terhadap ekonomi dan pencapaian dalam Malaysia itu sendiri.


"Ia bukan satu tindakan untuk membodohkan, tetapi adalah reformasi dan pembaikan yang ingin dilakukan.


"Kita juga tidak pernah mengatakan negara lain atau tamadun lain tidak MADANI, namun ia disesuaikan dengan keadaan dan keperluan dalam Malaysia," jelas beliau lagi.


Kelmarin, Hj Hadi dalam tulisan mingguannya di lidah rasmi Pas memetik beberapa ayat al quran dan mendakwa Malaysia Madani tidak mengikut acuan Islam sebenar.


Beliau menegaskan walaupun 'bermadani' namun jika tidak mengikut acuan yang betul negara ini akan menemui kemusnahan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page