top of page

Mengundi kekalkan legasi Kerajaan Perpaduan di Simpang Jeram

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 9, 2023
  • 1 min read

ree

Undi penduduk DUN Simpang Jeram amat penting demi kesinabungan legasi Kerajaan Perpaduan meneruskan pembangunan dan menjaga kebajikan.


Sehubungan itu, calon DUN Simpang Jeram, Ir Ts Nazri Abdul Rahman dalam satu pesanan di media sosial mahu semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam masa berbaki hampir dua jam sebelum pusat mengundi ditutup pada pukul 6.00 petang ini.


"Pagi ini saya lihat banyak anak anak muda mengundi sebab kata mereka selepas itu nak berkerja.


"Mudah mudahan peratus keluar mengundi akan mencapai apa yang kita hajatkan. Saya menyeru mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memastikan legasi pentadbiran Kerajaan Perpaduan terus berjalan khususnya di DUN Simpang Jeram," katanya di Facebook.


Nazri dan isterinya menunaikan tanggungjawab mengundi di SJK (C) Pei Chai, Batu 3 Setengah, pagi tadi.


Beliau berharap lebih banyak pengundi akan keluar pada waktu petang memandangkan cuaca baik dan tidak begitu panas.


"Saya menyeru kepada semua warga Simpang Jeram untuk keluar mengundi sebelum tamat tempoh mengundi petang ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page