top of page

Mengundi di padang bola: Pengundi PPR Lembah Pantai kesal tunggu giliran berjam jam



Pengundi di PPR Kerinchi, Pantai Dalam parlimen Lembah Pantai kesal terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuka pusat mengundi di sebuah padang bola di kawasan perumahan tersebut.


Menurut para pengundi yang telah berbaris lebih 50 meter sejak pukul 9.00 pagi, mereka seolah olah 'didera' dengan keputusan SPR yang tidak melakukan kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuka pusat mengundi di kawasan berkenaan.


Rata rata berkata, mereka pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu mengundi di sekolah berhampiran dan hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk melaksanakan tanggungjawab.


Seorang pengundi yang mahu dikenali sebagai Azizah (gambar, atas) berkata, tempat mengundi tersebut sememangnya tidak sesuai kerana tiada bumbung bagi pengundi yang berdiri menghadapi terik matahari.


"Tempat ini menang tak sesuai, tadi kakak saya pun dah jatuh. Baru ada (petugas) yang datang ambil dengan kerusi roda.


"3 jam berdiri sejak pukul 9.00 pagi. Dulu mengundi di sekolah, setengah jam saja. Tidak panas. Ini dengan panas, dengan panjang. Sekejap berubah baris, sekejap sebaris, dua baris, tiga baris.


"Sebab tanggungjawab (mengundi) saja (saya) tunggu," katanya.


Pengundi bersesak sesak mengundi di padang bola

Seorang lagi pengundi yang dikenali sebagai Mageswaran berkata, suasana mengundi kali ini paling teruk kerana pengundi terpaksa berbaris begitu lama.


"Dulu kami di sekolah Bangsar, pertama kali di sini. Memang paling teruk. Sudah 3 - 4 jam. Saya datang sejak pukul 9.00 pagi," katanya.


Manakala seorang lagi pengundi yang tidak memberikan nama berkata, SPR seharusnya memikirkan nasib warga emas yang tidak mungkin mampu beratur berjam jam sebelum membuat keputusan membuka pusat pengundian berkenaan.


"SPR apa ni? Panas, belum hujan lagi. Sebelum ini buat di sekolah, sekarang buat di padang kenapa? Ini tak betul.


"Yang jaga (di sini) tak beritahu. Main beratur sahaja. Saluran (mengundi) tak tahu lagi.


"Tengoklah warga emas, fikir sikit. Mesyuarat berapa kali mesyuarat, hasilnya?


"Saya beratur 3 jam. Tak ada penyakit tidak apa. Macam mana dengan makcik makcik warga emas," katanya.


Dilaporkan SPR membuka 2 pusat pengundian melibatkan padang bola di Lembah Pantai dan melibatkan hampir 10,000 pengundi berdaftar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page