top of page

Mengekang Jenayah Qazaf di Negeri Selangor



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Laporan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan bahawa terdapat 3,111 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu telah direkodkan bagi tempoh tahun 2020 hingga 31 Mei 2022.


Kebanyakan penyebaran berita palsu tersebut yang berbaur provokasi menggunakan platform atas talian ketika tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Antara berita palsu yang turut tersebar sehingga kini melibatkan kes qazaf, isu ini bukan sahaja menzalimi masyarakat biasa malah pemimpin negara turut dilibatkan dengan tuduhan yang jijik.


Perbezaan enakmen jenayah syariah


Majoriti fuqaha’ daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama dengan zina dari segi hukum, justeru secara definisi qazaf meliputi kesalahan menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.

Mohd Fauzi Fadzil

Namun dalam konteks undang-undang syariah di Malaysia terdapat perbezaan antara negeri-negeri terkait enakmen jenayah syariah berkenaan qazaf, perbezaan ini wujud kerana setiap negeri mempunyai bidang kuasa tersendiri berkenaan undang-undang syariah memandangkan perkara yang berkaitan Agama Islam adalah tertakluk di bawah Senarai Negeri menurut Perlembagaan Persekutuan.

Jika dililihat secara terperinci berkenaan definisi qazaf dalam undang-undang jenayah syariah di setiap negeri, secara jelasnya hanya lima buah negeri sahaja yang memperakui kesalahan qazaf meliputi isu liwat.


Negeri Selangor adalah antara negeri yang memperuntukkan hukuman qazaf hanya merangkumi tuduhan zina (liwat tidak termasuk).


Kekurangan dalam peruntukkan undang-undang Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyebabkan ada pihak yang secara berani menyebarkan tuduhan qazaf yang berkaitan dengan liwat secara berleluasa kerana wujud kelompongan untuk mendakwa mereka di mahkamah syariah di Negeri Selangor.


Pinda Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah


Isu ini menjadi dilema terhadap tuduhan tidak berasas yang menimpa sesetengah pemimpin negara apabila mahkamah syariah selaku badan kehakiman terikat oleh undang-undang yang dikuatkuasakan.


Mahkamah Rayuan Selangor terpaksa bersetuju dengan tafsiran qazaf yang hanya terhad untuk pertuduhan zina sahaja berdasarkan enakmen negeri. Namun Mahkamah Rayuan Selangor membuat pengiktirafan kehakiman bahawa zaman mutakhir ini semakin banyak berlakunya perbuatan menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat.


Maka sudah tiba masanya pemerintah dan badan perundangan Negeri Selangor meminda Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 bagi membolehkan seseorang yang menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat dituduh di mahkamah syariah.


Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Selangor turut bersetuju dengan pandangan tersebut malah isu ini telah diangkat di dalam Muktamar Nasional (MUKNAS) WADAH ke-17 pada 8-10 Disember 2023 bertempat di The Everly Putrajaya - UKM Bangi.


Usul yang diangkat supaya budaya fitnah dan qazaf dibendung dengan memperketatkan undang-undang telah dipersetujui oleh para perwakilan WADAH dari seluruh negara.


Malah muktamar tersebut bersetuju untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji sebuah cadangan untuk diangkat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi menyelaraskan undang-undang jenayah syariah berkaitan kesalahan qazaf.


WADAH Selangor dalam isu ini menyokong penuh cadangan tersebut dan berharap jenayah qazaf dapat dibendung secara berkesan di Negeri Selangor Darul Ehsan.

_____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Penolong Setiausaha Negeri Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Selangor Darul Ehsan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page