top of page

Mengapa SPRM tunggu 4 tahun sebelum mendakwa kakitangan saya? - Sivarasa Rasiah



Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mendakwa kakitangan kepada Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah amat dikesalkan.


Menurut Sivarasa, kakitangannya itu telah hampir 4 tahun disiasat SPRM di atas tuduhan palsu dan sepatutnya kes telah pun ditutup tetapi pada Jumaat lalu diberitahu beliau akan didakwa pada esok.


Sivarasa mendakwa kemungkinan hal itu ada kaitannya dengan tindakan beliau mendedahkan skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki baru baru ini.


"Hampir 4 setengah tahun telah berlalu sejak siasatan (ke atas kakitangan Sivarasa) selesai pada September 2017. Tiada tindakan diambil terhadap Naveen pada masa itu dan sebenarnya fail itu sepatutnya ditutup.


"Kini, sebulan selepas saya membangkitkan isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki di Parlimen pada 14 Disember 2021, satu dakwaan yang tidak berasas tiba-tiba dibangkitkan semula oleh SPRM untuk mendakwa kakitangan saya, Naveen.


"Saya berpegang kepada integriti Naveen. Dia tidak bersalah terhadap dakwaan-dakwaan ini yang palsu dan tidak logik sama sekali. Naveen dan pasukan guamannya akan menunjukkan dia tidak bersalah dalam pertarungan mahkamah akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Sivarasa, beliau kesal dengan tindakan SPRM itu yang didakwanya akan merosakkan reputasi suruhanjaya berkenaan kerana pendakwaan akan dilihat bermotifkan faktor peribadi serta tanpa asas yang kukuh


Bagaimanapun, Sivarasa berikrar tidak akan berundur daripada pendedahan isu melibatkan Tan Sri Azam Baki dan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campurtangan untuk memastikan SPRM berintegriti.


"Saya berharap Perdana Menteri akan melihat integriti sebuah institusi utama seperti SPRM telah dicemari dengan serius oleh tindakan balas dendam sebegini. Kenyataan-kenyataan beliau tentang memerangi rasuah akan kelihatan lebih hampa," katanya lagi.


Menurut Sivarasa yang juga seorang peguam, siasatan ke atas kakitangan pusat khidmat beliau timbul selepas peristiwa pada Ogos/September 2017 apabila pegawai khas beliau ditangkap oleh SPRM dan direman selama 4 hari


Tiga orang kakitangannya disiasat atas dakwaan kesalahan mereka cuba meminta wang daripada ahli perniagaan Bangladesh dalam satu urusan perniagaan yang melibatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Imigresen


Namun kata Sivarasa, dakwaan itu berniat jahat kerana kakitangannya dan beliau pada ketika itu adalah Ahli Parlimen pembangkang dan tidak dalam kedudukan untuk menguruskan hal berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page