Mengapa Saifuddin guna 'arahan menteri', bukan tender terbuka agih kontrak?


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sewajarnya mengamalkan kaedah tender terbuka dalam urusan kontrak di kementerian tersebut agar wujud ketelusan dan akauntabiliti.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, mempersoalkan kaedah 'arahan menteri' yang digunakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Saifuddin Abdullah baru-baru ini dalam menganugerahkan kontrak spektrum dan 5G.


"Merujuk kepada laporan media, Datuk Saifuddin Abdullah telah menganugerahkan Syarikat Altel Communications kontrak spektrum 2x5Mhz untuk jalur 900Mhz bagi tempoh masa lima tahun secara arahan menteri (ministerial order) bertarikh 31 Mei 2021.


"Ini adalah bertentangan dengan tindakan beliau pada tahun lepas apabila arahan Menteri bagi menganugerahkan kontrak 5G terpaksa dibatalkan apabila mendapat bantahan dan kecaman orang ramai.


"Mengapa Datuk Saifuddin masih berdegil menggunakan arahan Menteri tanpa melalui proses tender terbuka bagi menganugerahkan kontrak sedangkan pada tahun lepas beliau terpaksa membatalkan kaedah yang sama akibat bantahan dan kritikan banyak pihak?" tanya Akmal dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mahukan penjelasan, berapakah harga yang perlu dibayar syarikat tersebut bagi mendapatkan kontrak berkenaan.


Beliau juga bertanya apakah kewajaran penganugerahan kontrak dibuat ketika darurat dan Parlimen ditutup yang menyebabkan tiada ketelusan serta proses semak dan imbang.


"Mengapa pembangunan rangkaian 5G hanya diberikan kepada sebuah syarikat sahaja sedangkan negara kecil lain memiliki sekurang-kurangnya dua penyedia rangkaian 5G bagi mewujudkan persaingan serta memberi pilihan alternatif?


"Tindakan arahan Menteri untuk penganugerahan kontrak spektrum dan 5G ini tidak bertanggungjawab ketika mana Parlimen sedang digantung," katanya lagi.


Tindakan penganugerahan yang tidak disemak Parlimen itu, dakwa Akmal, dikhuatiri akan membuka ruang kepada ketirisan, monopoli dan mutu perkhidmatan yang lemah seterusnya akan menjadi beban kepada rakyat sebagai pengguna.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER