Mengapa Rasuah Terus Berlaku Dalam Kementerian, Kerajaan?



Oleh: Hassan Abdul Karim


ULASAN PIMPINAN: Skandal terbaru berkaitan isu RM9 bilion bagi tempahan 6 buah kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang tidak sampai-sampai.


Jawapan bagi soalan di atas, antara lainnya ialah kerana Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan tidak mematuhi Arahan Perdana Menteri, No 1, Tahun 2018.


Hal ini dinyatakan di perenggan 3.4.4. Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2020 yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri pada 4 Ogos 2022.


Apakah yang terkandung di dalam Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 tersebut?

Buku kecil Arahan Perdana Menteri No.1

Pada perenggan 4.1 Arahan tersebut berkenaan dasar, perundangan dan peraturan dinyatakan dengan jelas bahawa:


"Peruntukan dasar, Undang-undang dan peraturan sedia ada terlalu kabur, longgar dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu;"


Punca rasuah, pecah amanah


Inilah antara punca rasuah dan pecah amanah sering berlaku.


Seterusnya disebut di dalam Arahan tersebut:


"Ketiadaan atau kelemahan pelan pencegahan yang bersesuaian menyebabkan Kementerian, Jabatan dan Agensi tidak dapat menangani isu pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan governans dengan berkesan."


Inilah yang menyebabkan berlaku skandal SRC International, 1MDB, UKSB, LCS dan pelbagai lagi jenayah rasuah seperti dalam pendedahan Pandora's Papers baru-baru ini.


Apakah tidak cukup lagi pembentukan Jawatankuasa-jawatankuasa untuk membasmi rasuah?


Bukan setakat Jawatankuasa malahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun kita ada.


Di pihak Kerajaan pula telah dibentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan Jawatan kuasa Anti-Rasuah Peringkat Kebangsaan (JAR) Dan JAR Peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan/ Kerajaan Negeri.


Kes rasuah libatkan hierarki tertinggi


Selepas pelbagai Jawatankuasa tertinggi dibentuk, ini yang kita dapat:


Kes Rasuah yang dibawa ke Mahkamah sekarang bukan calang-calang orang.


Mereka yang dituduh itu bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri dan isteri bekas Perdana Menteri, sekadar menyebut beberapa contoh.


Sudah terlalu banyak Jawatankuasa Anti-Rasuah ditubuhkan tetapi semacam tiada kesannya.


Rasuah makin berleluasa terutama di peringkat pemimpin tertinggi.


Apakah tidak cukup Jawatankuasa-jawatankuasa pemantau?


Negara perlukan reformasi total lawan rasuah


Banyak Jawatankuasa pemantau telah ditubuhkan Mengenai Rasuah bagi mengawasi SPRM seperti Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).


Jawatankuasa - jawatankuasa pemantau ini juga gagal membasmi rasuah di negara kita ini.


Jadi apa kita perlu buat sekarang?


Dalam hal sebegini, saya nampak satu jalan sahaja iaitu reformasi yang menyeluruh perlu dilakukan oleh Kerajaan baharu selepas PRU-15 jika Kerajaan tersebut benar-benar ingin mengatasi masalah rasuah.


Kerajaan mana yang boleh lakukan reformasi anti-rasuah tersebut?


Inilah tuntutan 33 juta rakyat Malaysia sekarang.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER