top of page

Mengapa perlu takut dengan bendera putih?


Ketua Komunikasi KEADILAN Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad menyuarakan rasa simpati kepada beberapa penduduk di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan yang mengadu bahawa mereka telah diugut untuk diambil tindakan sekiranya mereka mengibarkan bendera putih bagi memberi isyarat mereka perlukan bantuan segera.


Beliau berpendapat, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebaliknya ada sebab mengapa mereka bertindak sedemikian demi mendapatkan sedikit bantuan makanan untuk keluarga mereka.


"Ini bukan isu politik tetapi ini soal kemanusiaan. Di Indera Mahkota, sewajarnya Ahli Parlimen Indera Mahkota, seorang menteri di bawah kerajaan tebuk atap sekarang masih "berhutang" dengan penduduk Indera Mahkota yang mengundinya dahulu.


"Beliau telah mengkhianati mandat yang diberikan dan beliau patut turun membantu masyarakat di parlimen tersebut bukan membiarkan mereka ditekan dan diugut sedemikian rupa.


"Paling menyedihkan pihak berkuasa telah digunakan untuk menakutkan penduduk.


"Mengapa perlu takut kepada bendera putih? Apakah kamu bimbang semakin ramai mengibarkan bendera putih membuktikan kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah gagal?" soalnya.


Justeru, beliau membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu.


"Kami telah mengarahkan semua jentera parti di seluruh Pahang untuk memantau mana-mana kawasan dan memberikan bantuan sekadar keupayaan kami agar rakyat tidak mati kelaparan.


"Terima kasih kepada jentera KEADILAN Cabang Indera Mahkota dan Kuantan di bawah Fuziah Salleh; ADUN Semambu, Lee Chean Chung; ADUN Teruntum, Sim Choon Siang serta seluruh jentera dan sukarelawan yang terus menghantar bantuan ke rumah mereka yang memerlukan.


"Terus kibarkan bendera putih jika anda perlukan bantuan kerana tiada undang-undang yang melarangnya. Insya-Allah, kami akan sampai ke rumah anda," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page