top of page

Mengapa perbelanjaan mengurus T'ganu lebih tinggi dari Selangor?

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 20, 2024
1 min read


Perbelanjaan mengurus negeri Terengganu sebagaimana diluluskan dalam Belanjawan 2024 dalam satu perbandingan melebihi beberapa negeri maju di Malaysia.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, hal itu menimbulkan keraguan kerana Terengganu masih salah satu negeri dikategorikan miskin dan tidak mungkin perlu diurus menggunakan kewangan yang besar.


"Bila kita tengok belanja pengurusan lebih RM1 bilion, belanja pembangunan hanya RM400 juta berbanding negeri lain


"Dalam hal ini KEADILAN Kemaman merasa hairan kenapa belanja mengurus negeri Terengganu sentiasa meningkat dari tahun ke tahun


"Sepatutnya belanja mengurus tidak tinggi dengan populasi negeri 1.2 juta sahaja. Terengganu masih negeri miskin. Bila negeri miskin sepatutnya diurus dengan lebih cekap dan diseimbangkan dengan belanja pembangunan," katanya.


Oleh itu, Ahmad Nadhir mahu pentadbiran Pas di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menjawab isu berkaitan kurangnya perbelanjaan pembangunan untuk negeri itu.


"Di mana silap belanjawan Terengganu tinggi peruntukan mengurus. Jika dilihat negeri ini (kemudahan awam) rasanya tidak perlu belanja mengurus yang tinggi. Selangor lainlah.

Kerajaan Pas Terengganu perlu menjawab kenapa perbelanjaan itu terlalu tinggi dari tahun ke tahun, sedangkan belanja pembangunan tidak dititik beratkan," katanya lagi.


Terdahulu, di media sosial muncul perbandingan belanjawan negeri negeri di Malaysia pada 2024 yang menyaksikan Terengganu merupakan antara negeri yang mempunyai belanja mengurus tinggi sekitar RM1.37 bilion.


Selangor negeri termaju dengan populasi 7.2 juta belanja mengurus RM1.33 bilion manakala Johor ketiga maju dengan populasi sebanyak 4 juta belanja mengurusnya RM1.16 bilion.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page