top of page

Mengapa pendirian pemimpin PN tak konsisten?

Updated: Mar 11, 2023



KEADILAN Kemaman mempersoal kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris bahawa presiden parti itu Mahiaddin Yassin tidak perlu meletak jawatan walaupun didakwa di Mahkamah.


Dalam satu kenyataan, KEADILAN Kemaman berkata, kenyataan Razali itu hanya menimbulkan persoalan kerana sebelum ini untuk menunjukkan Bersatu parti yang bersih bekas ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan sebaik sahaja didakwa.


"Namun apabila Muhyiddin Yassin disabitkan pertuduhan kenyataan bercanggah pula dikeluarkan.


"Persoalannya apa kayu ukur yang digunakan oleh Ketua Penerangan Bersatu kali ini untuk menjustifikasikan kenyataan beliau?


"Ini menjadi bukti betapa tidak konsisten sikap pimpinan PN dalam mengeluarkan kenyataan dan juga tindakan," kata kenyataan Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman.


Muhyiddin ketika mengulas tindakan Datuk Wan Saiful Wan Jan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu sebelum ini memuji tindakan itu dan menyifatkannya demi kepentingan parti.


Katanya, beliau sangat menghargai tindakan sukarela yang diambil Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang meletakkan satu standard untuk pemimpin yang dihadapkan ke mahkamah.


Semalam Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau akan menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kerja Tertinggi Bersatu untuk menentukannya kedudukannya susulan pendakwaan dimulakan SPRM.


"Tindakan tidak konsisten boleh dikategorikan sebagai tanda-tanda berbohong dan tidak bertanggungjawab terhadap apa yang telah diucapkan sebelum ini.


"Bagaimanakah sebuah pakatan politik yang sebelum ini begitu lantang mengatakan bahawa mereka mempertahankan prinsip-prinsip Islam namun gagal mematuhi perkara yang asas seperti dilaungkan?


"Rakyat mesti menolak pakatan politik yang membudayakan sikap begini kerana tidak mencerminkan integriti dan kelayakan untuk diberi mandat untuk mentadbir negara," tegas KEADILAN Kemaman lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page