Mengapa mudah PNB, Khazanah, KWSP beri pinjaman kepada syarikat perjudian?



Keruntuhan syarikat Genting Hong Kong menyeret tiga buah bank besar dari Malaysia seperti Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad ke kancah kerugian berbilion ringgit kerana memberi pinjaman mudah kepada syarikat terbabit.


Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemberian pinjaman tanpa jaminan oleh ketiga tiga bank tersebut yang berjumlah AS$600 juta atau RM2.51 bilion menimbulkan tanda tanya berkenaan prosedur pengeluaran pinjaman kepada syarikat syarikat dimiliki pemodal berpengaruh di negara ini.


"Saya mendesak Menteri Kewangan untuk menjawab persoalan mengapakah bank-bank ini dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong.


"Ini kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank itu.


"Bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat perjudian ini boleh diberi dengan sebegitu mudah?" tanyanya.


Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, biarpun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia.


"Oleh itu, Menteri Kewangan dituntut menjelaskan bagaimana pinjaman RM2.51 billion ini akan dibayar oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis.


"Bagi saya, penjelasan ini perlu disegerakan bagi mengelak skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong daripada berulang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER