top of page

Mengapa kerajaan PAS membisu isu sidang DUN?

Updated: Jun 24, 2021


Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail meluahkan rasa kecewa terhadap sikap PAS yang dilihat seolah-olah membisu berhubung gesaan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang diterajui parti itu.


Beliau berkata, kerajaan Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah sepatutnya menjadi contoh dan bertegas dalam soal kepentingan rakyat dengan bertindak memastikan DUN di setiap negeri di bawah pentadbirannya dibuka pada kadar segera.


"Kita ingat negeri yang diperintah oleh Pas yang berasaskan kepada menegakkan Islam dan menjadi tauladan yang baik, kemudian membangun bersama Islam tapi bila berkenaan dengan usaha menegakkan demokrasi mereka ini diam membisu.


"Sepatutnya, pimpinan PAS di tiga negeri ini menjadi contoh dan teladan dan ramai yang menjangkakan tiga negeri ini akan mendahului negeri lain untuk menetapkan tarikh dan membuat sidang DUN kerana banyak perkara di negeri yang melibatkan keputusan besar perlu diputuskan dalam sidang dewan.


"Tapi perkara itu tidak berlaku dan mengecewakan banyak pihak," katanya.


Malah, katanya, sehingga hari ini tiada bayangan langsung untuk kerajaan pimpinan Pas untuk menyegerakan pembukaan semula sidang DUN.


"Saya sendiri terkejut dan merasa kecewa juga sebab sepatutnya di tiga negeri yang kehidupannya mantap, maksudnya tidak ada kebimbangan apa dan jumlah ahli dewannya pun dalam keadaan yang kukuh tidak menjadikan sebagai pertimbangan langsung.


"Sedangkan, perkara yang remeh seperti pembelian kenderaan untuk Exco didahulukan lebih cepat tanpa rasa malu atau pun rasa bimbang apa-apa. Jadi, sehingga hari ini tiga negeri di bawah pimpinan Pas ini masih membisu.


"Presiden dia dan juga kepimpinan utama mereka yang duduk sebagai menteri dan timbalan menteri semuanya membisu, tak beri bayangan langsung tentang kepentingan untuk mengadakan sidang DUN seperti negeri lain yang dah buat ketetapan untuk tarikh persidangan," katanya.


Azan menganggap kebisuan itu adalah disebabkan Pas sudah tidak lagi mementingkan banyak perkara kerana hanyut dengan jawatan dan kekayaan.


"Mereka leka dengan keseronokan mendapat laba barangkali dan mereka melihat rakyat Terengganu ini, benda yang tak perlu diambil berat, tak perlu khuatir langsung sama ada rakyat bersuara atau menyalahkan kerajaan negeri ke atau apa.


"Mereka langsung tidak bimbang, seolah-olah mereka leka dengan kedudukan sehingga mereka lupa dan hairannya pimpinan mereka ini sepatutnya menyuarakan atau menimbulkan isu ini tapi masing-masing sama sama dengan kepimpinan baik di peringkat pusat atau negeri mahu pun kawasan, Pas semuanya membisu.


"Padahal di negeri Terengganu banyak isu-isu tertangguh yang perlukan kelulusan Dewan, baik peruntukan tambahan untuk Covid, pelaksanaan suntikan vaksin serta merta. Tapi semua perkara perkara ini memang dipandang sepi apatah lagi isu besar seperti persidangan DUN dibuka.


"Sikap pimpinan Pas yang tidak menyegerakan sidang DUN sama seperti perdana menteri dan yang lebih teruk lagi kita tahu ketiga-tiga negeri ini terhutang budi yang sangat besar kepada Muhyiddin.


"Kerana, satu berkait dengan pelantikan menteri dan timbalan menteri dalam jawatan-jawatan dalam GLC dan sebagainya. Jadi, di tiga-tiga negeri ini keutamaan memang diberikan kepada Pas, hampir langsung tidak ada pelantikan daripada Umno," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page