Mengapa bina aplikasi MySejahtera guna khidmat syarikat Amerika - Wan Azizah


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya memberi penjelasan terhadap penggunaan khidmat syarikat Amerika Syarikat untuk membangunkan aplikasi MySejahtera.


Soalan tersebut dikemukakan selepas Wan Azizah mempersoalkan langkah kerajaan dalam menangani peningkatan kes penggodaman semasa PKP sebanyak 80.5% sebagaimana yang dilaporkan oleh CyberSecurity Malaysia.


Bagaimanapun, Wan Azizah mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof gagal menjawab persoalan tersebut.


"Aplikasi MySejahtera didapati menggunakan khidmat syarikat Amerika.


"Kenapa ambil syarikat luar sedangkan ada risiko ancaman terhadap keselamatan siber? Kita ada banyak syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.


Persoalan itu turut disokong oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik.


"Kenapa kerajaan Melayu dan Islam ini mahu mengambil khidmat syarikat-syarikat luar sedangkan kita mempunyai syarikat tempatan.


"Perkara ini turut dipersoal oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Persatuan Usahawan Dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF)," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER