top of page

Mengapa beri surat izin kepada syarikat dikompaun curi REE?



Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat pendedahan baharu berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.


Dalam satu sidang media, beliau mendakwa satu surat izin memasuki hutan simpan simpanan Bukit Enggang telah diberikan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang pernah dikompaun beberapa bulan sebelumnya akibat kesalahan mencuri REE.


Apa yang menjadi persoalan, kata beliau, adalah kawasan seluas 500 hektar yang dibenarkan eksplorasi itu adalah sama dengan lokasi di mana berlaku kecurian mineral iaitu di Kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.


"Soalan saya, apa justifikasi Sanusi untuk (surat bertarikh) 15 Mei, Kerajaan Negeri keluarkan lagi surat melalui JPNK (Jabatan Perhutanan Negeri Kedah) kepada Mahir Binari (Sdn Bhd) yang merupakan syarikat yang terlibat dalam insiden kecurian (REE) dan telah diambil tindakan.


"Mahir Binari milik Ho Chung Meng yang telah ditangkap pada Januari lalu.


"Jadi persoalannya, setelah dia ditangkap dan bayar kompaun RM130,000 dan dia juga menurut Sanusi telah bayar kompaun bagi pihak Perbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM500,000 itu, kenapa bagi lagi surat pada 15 Mei atas alasan pembangunan ladang hutan," soalnya pada sidang media di Padang Terap, semalam.


Berikutan itu, Saifuddin mencabar Sanusi untuk menjawab persoalan tersebut.


"Kedah ini seolah-olah Menteri Besar dia boleh bagi jalan seluas-luasnya, buat lah apa saja. Saya nak tunggu apa maklum balas Sanusi dalam hal ini dan selepas itu saya akan bagi satu lagi pendedahan dalam sidang akhbar seterusnya," kata Saifuddin lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page