Mengapa bayaran bantuan kematian RM5,000 Covid 19 amat perlahan? - Simon Ooi



Negara telah pun memasuki fasa endemik Covid 19 namun pembayaran bantuan takziah kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat pandemik masih amat perlahan, malah ramai yang belum menerimanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata, kebelakangan ini beliau menerima banyak aduan daripada rakyat mengenai kelewatan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 tersebut.


Oleh itu, Simon mahu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) segera menangani masalah berkenaan agar tidak berlarutan.


"Sejak tahun lepas, NADMA telah membuka permohonan untuk bayaran saguhati kematian RM5,000 bagi ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19.


"Antara syarat permohonan adalah selagi ia disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah meninggal dunia akibat virus Covid-19 maka mereka layak mendapat bantuan kematian ini.


"Walau bagaimanapun, ramai yang mengadu mereka tidak menerima bayaran takziah itu," katanya.


Manakala status permohonan pula, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, tidak dijawab dengan jelas sama ada pemohon tidak memenuhi kelayakan atau dokumen tidak lengkap dan sebagainya.


"Ramai yang mengadu berhubung masalah ini dan pusat khidmat saya juga telah menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan tetapi semuanya berakhir tanpa jawapan.


"Panggilan telefon hotline tidak ada orang jawab dan semakan status di portal juga tiada maklumat," katanya.


Justeru, Simon menyarankan Jabatan Perdana Menteri dan NADMA mempercepatkan proses semakan dan pengagihan.


Katanya, pemohon perlu diberi jawapan dan bukan hanya menunggu setiap hari, melakukan semakan sehingga mengganggu kehidupan harian mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER