top of page

Mengapa 41 MP kerajaan dibenar bersidang, tetapi hanya 39 MP pembangkang?


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan mengapa sehingga 41 ahli parlimen kerajaan dibenarkan hadir dalam sidang Parlimen namun hanya 39 ahli parlimen pembangkang dibenarkan, bermula sidang Belanjawan 2021.


Beliau menganggap pembahagian yang dibuat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun itu berat sebelah dan sepatutnya dibuat secara sama rata iaitu 40-40.


"Banyak laporan media dan netizen mempersoalkan mengapa 41-39. Kenapa begitu tuan speaker? Saya tidak mahu buat sebarang tuduhan, tetapi tuan speaker seolah-olah mengatur bilangan dalam dewan.


"Speaker merupakan peguam terkenal, saya tidak mahu melihat speaker dikritik tanpa sebarang asas tetapi kenapa tidak 40-40 untuk mengundi dan sebagainya, saya tahu ini mungkin dipersetujui whip, tetapi kenapa tidak sama rata?" soalnya dalam sidang Dewan Rakyat.


Azhar bagaimanapun menjelaskan pembahagian berat sebelah itu perlu dibuat bagi menunjukkan majoriti kerajaan dalam Dewan Rakyat.


"Ini keputusan konsensus antara semua ketua whip yang hadir dalam mesyuarat.


"Sebelum ini lebih teruk, hanya dua ahli parlimen sahaja dicadangkan untuk setiap parti, saya yang fight supaya 100 orang dapat hadir, setelah berunding maka dapat kita dapat 80 orang.


"Kita setuju juga untuk mencerminkan majoriti dalam Dewan Rakyat tetapi untuk masa kehadiran dengan perbahasan sahaja.


"Kalau ada belah bahagian, kita setuju bunyi loceng dua minit, ditempohkan untuk 10 minit dan loceng akan bunyi lagi 2 minit supaya semua ahli parlimen dapat datang dan mengundi jadi kita tak hadkan 80 orang sahaja untuk masa mengundi.


"Jadi tidak ada pembohongan dan penipuan seperti yang tersebar di media sosial itu salah, dia cuma ambil 80 orang ahli parlimen sahaja tetapi masa mengundi, semua orang boleh datang, semua dibenarkan hadir," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page