Mengaku bukan pilihan rakyat, mengapa Mahiaddin sukar sangat lepas jawatan? - AMK


Ungkapan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin suatu ketika dahulu bahawa 'kerajaan beliau bukanlah kerajaan pilihan rakyat' perlu diinsafi ketika sekutu politiknya menarik diri.


Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syukri Razab, Mahiaddin perlu 'sedar diri' bahawa sokongan di sekelilingnya semakin mengecil dan jalan yang paling bermaruah ialah melepaskan jawatan secara berprinsip.


"Namun sikap Mahiaddin hari ini jelas menunjukkan beliau tidak lebih dari seorang ‘haiwan politik’ yang terlalu sayangkan kuasa walaupun jelas tidak lagi memiliki sokongan daripada rakan gabungan kerajaan sendiri.


"Pengumuman rasmi Umno melalui Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik kembali sokongan sepatutnya membawa kepada pengunduran Muhyiddin secara bermaruah.


"Mahiaddin wajar mencontohi Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte yang meletakkan jawatan pada Januari tahun ini setelah berdepan masalah sokongan daripada anggota senat.


"Beliau menghadapi tentangan daripada parti Italia Viva yang menjadi rakan koalisi dalam Kerajaan. Walaupun beliau masih memiliki sokongan majoriti mudah, tetapi beliau memilih untuk berundur kerana merasakan Kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat perbalahan dalaman," katanya.


Menurut Syukri lagi, antara kritikan yang diterima Conte ialah ketiadaan pelan yang jelas dalam mengurus dan menyelesaikan masalah pandemik yang berterusan ketika Itali mengalami peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 pada penghujung 2020, sehingga kes harian mencatat angka 40,000 kes.


Tegas Syukri, kegagalan mengurus pandemik itu menjadi punca Conte berdepan kritikan daripada masyarakat termasuk rakan koalisi kerajaan sendiri.


"Keadaan politik Itali mirip situasi di Malaysia. Kerajaan Malaysia sememangnya telahpun dilihat gagal mengurus pandemik Covid-19 secara berkesan.


"Pada 9 Julai 2021, kes jangkitan Covid-19 mencatat rekod baru mencecah 9,000 kes baru sehari. Pakej bantuan rakyat pula kebanyakannya hanya kedengaran gah semasa pengumuman tetapi tidak signifikan dalam melegakan beban ekonomi rakyat.


"Kita juga sering mendengar kes bunuh diri yang dilaporkan hampir setiap hari. Semua ini berlaku dalam keadaan kerajaan Mahiaddin telah pun menguatkuasakan perintah Darurat selama lebih 6 bulan.


"Pengumuman Umno baru-baru ini sebenarnya melengkapkan kriteria untuk Mahiaddin berundur. Mahiaddin perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kehendak peribadi beliau. Malaysia memerlukan keadaan politik yang kukuh dan stabil bagi memastikan rakyat dapat dipimpin keluar daripada kebuntuan pandemik," katanya lagi.


Tambah Syukri, pada saat-saat genting ini Mahiaddin sewajarnya boleh menunjukkan sedikit langkah bermaruah dengan meletak jawatan bagi mengelakkan namanya dicatat dengan buruk dalam sejarah negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER