top of page

'Menara tanpa kuali': Usaha kerajaan bantu kawasan pedalaman Sarawak dihargai



Isu menara telekomunikasi di sarawak yang tidak dipasang sebarang antena parabola untuk membolehkan jaringan komunikasi dan internet tersedia di kawasan pedalaman tidak akan selesai tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.


Bagi Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man yang mengemukakan soalan di Dewak Rakyat semalam kepada Menteri Komunikasi dan Digital, isu "Menara Tanpa Kuali" atau Naked Tower tersebut hanya boleh diselesaikan dengan peruntukan tertentu kementerian.


"Sebagai wakil rakyat Sarawak, saya sedar tentang berapa pentingnya memastikan kecekapan dan kualiti perkhidmatan capaian internet dan jaringan komunikasi terutamanya dalam era digital. Isu menara tanpa kuali yang sering diperkatakan merujuk kepada keadaan terdapat struktur menara komunikasi, tetapi tiada perkhidmatan internet yang tersedia.


"Isu ini sering berlaku di kawasan pedalaman yang kurang mempunyai pulangan komersial bagi syarikat swasta dan ini telah menyebabkan penduduk di luar bandar tidak menikmati perkhidmatan internet," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, kata Choon Man, janji peruntukan yang dinyatakan oleh Menteri Ahmad Fahmi Fadzil dalam jawapan di dewan semalam amat dihargai penduduk Sarawak, kerana syarikat telekomunikasi tidak akan memasang parabola di kawasan yang tidak menguntungkan mereka, biar pun kerajaan telah membina menara telekomunikasi.


Menurut Fahmi semalam, projek SMART 600 yang merangkumi pembinaan dan pengedalian 600 menara telekomunikasi 4G oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) telah pun dilancarkan dan dibiayai dengan modal sebanyak RM1 bilion oleh Kerajaan Sarawak.


Namun, kata Choon Man, lokasi menara yang terletak di pedalaman dan dengan pulangan komersial yang terhad menyukarkan syarikat telekomunikasi untuk melakukannya secara bersendirian.


"Oleh sedemikian, kerajaan Persekutuan dan syarikat mudah alih utama seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM Tech, dan YTL Communications telah mencapai persetujuan untuk berkongsi kos dengan pengendali menara.


"Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas tindakan segera yang diambil dalam menyelaraskan isu tersebut di Sarawak," katanya.


Selain itu, Choon Man juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan kerana sudi memberikan peruntukan kepada Sarawak sebanyak RM4.46 bilion di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk memastikan perkhidmatan komunikasi yang lebih baik kepada rakyat.


Beliau berharap agar isu menara tanpa kuali akan selesai dalam temph setahun atau lebih dan tidak lagi menjadi tajuk perbualan umum di Sarawak.


Untuk rekod, projek SMART 600 akan berkuat kuasa selama tiga tahun, bermula dari tahun 2024 hingga tahun 2026, dan selepas tempoh tersebut, syarikat akan menanggung kos sepenuhnya.


Pembiayaan oleh kerajaan Persekutuan dan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih melibatkan jumlah tidak melebihi RM207 juta, dengan RM119.4 juta disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan RM87.3 juta oleh syarikat penyedia perkhidmatan.


Kerajaan menekankan bahawa pemasangan fiber memerlukan lebih banyak masa dan bersetuju untuk mempercepatkan program tersebut serta menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan penyedia perkhidmatan akan menyelesaikan isu “Menara Tanpa Kuali” di Sarawak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page