top of page

Menara KL milik kerajaan, pertukaran hanya libatkan pengurusan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 1
  • 1 min read


Isu konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur diselesaikan mengikut prosedur undang undang dan sama sekali tidak menjejaskan pemilikan menara itu oleh Kerajaan Malaysia.


Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan berkata, isu pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur dibuat menurut perjanjian konsesi yang telah ditandatangani oleh Kerajaan hanya melibatkan pengurusan dan hal itu diselesaikan dengan telus mengikut lunas undang undang.


"Kementerian Komunikasi ingin menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur adalah milik kerajaan serta pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan dan operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (request for proposal – RFP iaitu suatu tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta (PPP)) selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.


"Bagi maksud tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah melaksanakan proses RFP dan seterusnya Jemaah Menteri telah memperakukan pembida berjaya berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut.


"Pembida berjaya ini telah diumumkan oleh pihak Kerajaan pada 29 Mei 2024. Pihak kementerian mengambil maklum akan writ saman dan permohonan injunksi yang telah difailkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) lanjutan daripada pelantikan syarikat konsesi baharu ini," katanya.


Sehubungan itu, pihak Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi akan memastikan sebarang tindakan yang akan diambil kelak adalah selaras dengan proses undang-undang.


"Pihak kementerian memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada proses perundangan berjalan dengan lancar.


"Semua pihak yang terlibat termasuk orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan," katanya.


Kementerian Komunikasi, tambah kenyataan itu, kekal komited terhadap tatakelola baik dan akan memastikan perkara tersebut ditangani dengan sewajarnya.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page