top of page

Menantu Muhyiddin pulanglah, jawab tuduhan pecah amanah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan menggesa ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan supaya segera pulang ke tanah air bagi membersihkan namanya daripada dakwaan pecah amanah.


Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu melarikan diri hanya menimbulkan persepsi negatif terhadap integriti serta keberaniannya untuk berdepan dengan proses undang-undang.


"Kalau benar tidak bersalah, baliklah dan bersihkan nama anda. Kenapa perlu lari kecuali kalau takut? Jadi, pulanglah dan berdepan dengan mahkamah," tegas Fahmi.


Beliau berkata begitu pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.


Muhammad Adlan, 49, meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.


Beliau kini dipercayai berada di luar negara dan menjalani kehidupan mewah di sebuah negara di Asia Barat yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.


Beliau didakwa dikaitkan dengan tuduhan pecah amanah yang berkaitan dengan projek National Enforcement and Registration (Biometrics) System (NERS), yang dibiayai melalui kemudahan sukuk bernilai RM595 juta


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya mendakwa hampir RM50 juta hasil kutipan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) - yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran balik sukuk telah diselewengkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page